SET KESUBURAN UNTUK WANITA ( GLA,
VITA-LEA, B COMPLEX )
GLA
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah
sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon
dan memastikan kitaran haid teratur. Seperti yg kita sedia
maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenalpasti waktu subur di
mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA
berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi & berkualiti
dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian
di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga
membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya
meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan
isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu
meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).
Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan
mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vita-lea
sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh.
Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.
Vitalea juga mengandungi asid folik yang mana amat penting bagi wanita yang
ingin mengandung.
B Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan
membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut
mengandungi Asid Folik yang penting untuk persediaan mengandung dan Biotin yang
sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
SET KESUBURAN UNTUK LELAKI ( ZINK
COMPLEX , VITAMIN E )
Zinc complex
Zink merupakan zat
yang sangat penting bagi meningkatkan kesihatan lelaki melalui proses
pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu
mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk
sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Zink amat
berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose
Nucleid Acid) dan membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan
menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan
pelbagai masalah seksual termasuk sperma abnormal dan penyakit prostat.
Vitamin E
Popular sebagai
“vitamin cinta” yang membantu untuk merapatkan hubungan seksual isteri dan
suami. Ia amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat bagi
meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan juga
wanita.
Vitamin E Shaklee mengandungi 10mg selenium
semulajadi yang memaksimakan penyerapan vitamin E dalam badan. Selain itu, 50%
selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal.
Lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani maka pengambilan supplemen
Vitamin E dengan kandungan selenium yang cukup dapat membantu kesuburan &
hubungan seksual bagi pasangan.